Sunday, August 30, 2009

Gatal-gatal tangan




cencorot: time xde keje ni, gambo2 r jd mangse....

Friday, August 28, 2009

inikah hidup???

hidup ibarat pinggan, kejap diletakkan ditingkat pling atas, jap kat tingkat pling bawah..kadang dlam tong yng buruk...or kadang pecah bederai...tp tu sume salah tingkat..knape mesti bertingkat2? xpasal2 idup si pinggan jd xmenentu...yg erannye, ape ...salah pinggan smpai aku pertikaikan idup die??? ni sume salah bosan kerana belenggu idup aku...argh!!! mungkin tu sume salah paham, eh knape aku mesti menyalahkan paham?

cencorot: Ape yg ko merepek tu sengal!!!!

Saturday, August 22, 2009

Kelebihan solat sunat Terawikh

KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIKH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al-Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”..


Friday, August 21, 2009

Doa Tahan Lapar time Pose

"Allahumma, baringsana baringsini, wataktahan lagi, wamaumati walihatjam masihlamalagi, datakdenasi watibaimeggi, nantilainkali wakasiganti..."

cencorot: Jangan Amalkan, SELAMAT BERPOSE TNPA DOSE

Ramadhan yang Penuh Makna bg Keluarga Ku...

Ramadahan al-Mubarak

Esok 22 ogos 2009 bersamaan dengan 1 Ramadhan, semua umat Islam di Malaysia dan Dunia akan menyambut kedatangan bulan mulia ini. Rammadhan tidak hanya menyuruh umat Islam untuk berpuasa, tetapi kta juga disuruh supaya untuk mengambil setiap kenikmatan yang diberi dengan melakukan amal ibadah, Pengertian Ramadhan bukanlah semata2 utk berpuasa, kte tengok org puasa n xmakan..maksudnye kte pun kne puasa n xmakan..salah ye, berpuasa mestilah dengan niat yang ikhlas, iaitu secara bersungguh2, kita hayati makna sebenar berpuasa...bukan utk menyeksa umat kerana xbileh makan n minum disiang hari, melainkan utk menyedarkan umat akan betapa peritnya kehidupan insan2 yang tidak berupaya di dunia ini...selain itu, Ramdhan juga menawarkan banyak pahala dan hikmat dan hikmah sekiranya kita taw bagaimana untuk mendapatkannya...banyak2 la bertawakal kepada yg maha Esa, semoga puasa kali ini berjalan dengan lancar...

cencorot: selamt menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, berpuasalah dengan hati nurani yang ikhlas kerana Allah s.w.t, kerana berpuasa tidak hanya sebagai kewajipan, tetapi juga sebagai penghargaan kepada diri sendiri..ambillah nikmatnya..

Thursday, August 20, 2009

Harijadi Ke Tujuh Belas

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

cencorot: ........

Gangguan Bekalan Elektrik Di 5 Negeri


Kepada pengguna BEKALAN LETRIK yang dihormati sekalian..

Gangguan bekalan elaktrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air.

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama lebih kurang seminggu, sebelum ianya berakhir.

Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang Letrik yang voltannya 'terlebih' aktif dan gangguan ini akan berlaku di negeri-negeri berikut..


1. SELURUH NEGERI MELAKA
2. SELURUH NEGERI SEMBILAN
3. SEBAHAGIAN NEGERI SELANGOR
4. SEBAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
5. SELURUH NEGERI JOHOR

PIHAK BERTANGGUNGJAWAB INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PENGGUNA TERBABIT DAN BERHARAP AGAR SEMUA PENGGUNA MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA.


Harap maaf... (sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan anda)








Gambar diatas didapati Pencawang sedang main skipping di Melaka, manakala dinegeri2 yg lain, ada yg sedang main hula hoop, lempar selipar, bawa telur dalam sudu, juga ada yang merakam Beberapa btg pencawang, sedang main dam Haji...

cencorot: Sekadar hiburan, tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yg tlah meninggal dunia..

Asmara org Pencen

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"

cencorot: No comment...

Wednesday, August 19, 2009

Aku dpt 1 Compliment...

Arini kat kelas, ade sorang mamat, ckp..''Assalamualaikum, and good evening to my fellow friends, how do u feel today???, i feel soo tired and sleepy when i sit back there and listen to ur presentation"...what the F ????!!!!...then bile die mtk maaf, pas ckp camtu kat die punye 'fellow friens' die kuarkan la ayat yg berbentuk begini.."sorry for the COMPLIMENT"....ktorang pon pndang sesame sdr..'compliment?????' ape yg die mksudkan gan compliment???? pdahal 'compliment' mksunye pujian...y should he says sorry for the compliment that he just says???' Compliment kan sesuatu yg baik, yg leh wat org bangga, n berbesar hati...setau ktorang yg die ckp td bukanlah satu pujian, melainkan satu cercaan yang ikhlas (cos die ckp, 'felt tired n sleepy' masa ktorang wat, presentation)....poooof!!! rupe2nye die nak ckp...sorry for the comment or complain...shit!!! and then pas die da abes present, lg skali die ckp...'ok now i learnt something new, and sorry for my COMPLIMENT'....lalalalalaaahack tuih!!!!


cencorot: len kali jd orang bio bajet ensem, bajet cun...jgn jd org xensem n xcun, tp bajet bagus...
ikut cam aku, bajet ensem and bajet bagus...senang

thanks to k.akma, atim and my fellow friends..keh3

Monday, August 17, 2009

1st time masak mee style camnie...

Sumpah tu mee aku yg masak!!!

Korang mesti xpcaya kan aku yg masak Mee tuh?? tp knyataannye mmg benar, aku yg masak...keh2, agak bangga gak r, pecubaan pertama ku berbuahkan mee..rasanye pon, toksah ckp la...sedap giler!!!! (sebaik aku xgiler mcm sedap)...

cencorot: bahan2 nye ialah:

bawang merah - 1 bijik
bawang putih - 3 ulas
cili - kut suke korang r
air paip
mee siput - 2 ekor
kentang
serbuk lada merah

cara masak:
tumbuk or kisar bawang merah n bawang putih shingga jd bwang pink (merah+putih) yg halus..
panaskan minyak, dan tumis bawang pink tu td smpai naik bau...celor mee and rebus kntang dlu,
masukkan air dalm tumisan bwng td. pastu angkat mee yg da dicelor tu (make sure da ngembang n kentang da empok) dan masukkan dlm kuali yg ade air tumisan td...masuk garam, serbuk perasa n serbuk lada merah...pastu cmpak beberapa bijik cili...tunggu smpai korang yakin da bleh n sedap dimakan...maka, poof!!! jdlah mee sperti diatas...huahauhauhaua


10 Tips utk tidak malu pkai mask semasa H1N1...


1-
Bagi wanita sejati, lelaki or adik2, jika anda segan utk pkai mask...xpe jgn pkai mask..tp pkai purdah je trus, alang2 musim2 cam ni, elok la amek ksempatan menutup aurat...
2- Bagi yang jongang or jongos (maaf kata) ambil ksempatan ini utk cover, dan skiranya anda masih single, gnekan peluang ini utk ngorat sesape yg anda bekenan...tanpa mereka ketahui anda mempunyai kemajuan dr segi gg, kerana anda sudah menutupnya dgn mask..
3- Sekiranya yang ranggi and stylo..malu nak pkai mask, jgn gusar jgn risau...anda bleh lukis dan warnakan mask yg anda ada, mngikut cite rasa anda..time2 camni nak tnjuk kat org yg andaorang (korang) creative n inovatif, smbil2 tu anda bleh jugak amek tempahan melukis mask..bleh cri wang jajan...
4- Sekarang la time yg sesuai utk merealisasikan impian zaman kanak2 korang, aku taw, dlu korang xmo jd pulis, xmo jd nelayan...tp korang pasang cecite nak jd, spiderman, superman, AKU-man, batman, power rangers season 1-10, robokop termasuklah cicakman dll...skang la masenya!!! ape lg...dptkan mask2 superhero2 kesayangan anda tu di toko2 berhampiran...aku yakin time2 camnie la kedai2 amek ksempatan jual mask2 sperti itu...
5- Bagi sesape yg bajet lawo, ensem, cun tahap gaban...dan xmo ketampanan n kecantikan korang, ditutupi oleh mask...jgn takut, korang bleh tempah mask yg iras2 wajah korang, malah korang bleh siap order mask yg mirip wajah2 artis kesayangan korang...pergh!!! aku yakin org rmai akan mtak otograp korang, tnpa perasan yg sebenanye korang hanyalah memakai mask...kalu korang nak pkai trus pun xpe..tu lntak korang la, yg ptg aku slamat dr sbarang jangkitan...
6- Kepada sesapa yg berjiwa kental ,bertatarakyat dan berjiwa seperti seorang nelayan atau pemotong rumput, time ni la kalian serlahkan kemahuan jiwa kalian itu...dptkan mask2 yg biasa nelayan gan pemotong rumput pkai (tnpa niat nak mghina)...pastu kalu da setel kes H1N1 ni..korang leh la jual mask korang tu kat diorang sbg barangan bundle or cenderahati...
7- Bg yg mementingkan kecantikan, time ni la...korang bli masker pape la, masker safi balkis ke, masker olay ke, garnier ke loreal paris ke, polo ke, levi's ke..memane la yg korang slesa...pkai je, slain slamat, ianya juga boleh mentenkan kecantikan korang...
8- Pakai je mask pape pon, yg pnting skang ni, pkai mask merupakan fesyen no 1 dunia..1 dunia pkai..soo per nak eran.
9- Anggap pmakaian mask utk mnutup mulut serta hidung anda adalah wajib sperti mana anda wajib memakai seluar atau kain bg menutup sesuatu yg dinamakan "ehem"..so, ape itu "ehem" ?? haa!!! yg tu kte nak taw...lu pk la bgai nak rak...
10 - Pkai MASK!!!!

Tips by Alem (me)

cencorot: terima kaseh pd yg pkai mask...pkai mask bukan utk melawo or fesyen, tp untuk keselamatan korang n pekdahnye korang gak yg dpt...




Jgn Jd BODO...

MASK!!!!

masih lg pasal isu H1N1...katanye nak ad cuti lg, biler???? teruk sgt ke kes ni kat UPSI ni??? sape yg kne??? statistik yg dijangkit, yg menjangkiti dan akan dijangkiti lom lg diketahui..
hari ini, aku kekelas mcm bese...yg bgusnye ade la aku nmpak 2 org minah ni pkai mask, aku xtaw sme ade utk protection or utk cover up, kemajuan gg mereka..Wallahualam, tp aku assume diorang pkai utk elakkan jangkitan, sme ade dr diorang mahupun dr org disekeliling..tp yg xbest, kat dlam kelas...xde sorang manusia pun yg pkai mask..pas tu, rmai giler yg dok batok2 n bersin2...ape diorang xpk ke??? batuk2 n bersin2 tu tnda2 yg agak ketara bhawa diorang bleh di kuarantin..soo nak share pnyakit ke??? NEVER...pkai la mask, itu utk kebaikan diri korang n org disekeliling..aku rase td fully unsecured, aku buang angin lg byk drpd aku tarik angin (nafas)...lame2 mati bukan sebab pnyakit tu..tp sebab xamek nafas (Na'uzubillah)...kpda sesape yg ade tnda2 tu, jgn la korang nak sharing2..in terms of sharing is caring..tp skang ni, word tu dgn rasminya aku da tuko bdasarkan tema H1N1..."SHARING IS KILLING"... so kalian diseru (termasuk aku) pkailah mask for protection...jgn malu sudey..

cencorot: taw sound org je...huahuahuahu (ktawe style setan)

Friday, August 14, 2009

Khasiat telur separuh masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Kenapa perlu kahwin???

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .

Topup RM10 Tahan Sampai 1 Bulan

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

Nama Jepun berdasarkan Sifat anda

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

Sunday, August 9, 2009

Talentime


Aku wat entry ni bukan r sebab Yasmin Ahmad da meninggal..tp baru2 ni aku der tgok citer ni..mmg best giler, xnyesal aku bli dvd tu kat pasar malam...berbaloi, jap g nak tgok lg skali...best2

Saturday, August 8, 2009

kampungku yg Best!!!

Rumah Ku Syurga Ku


Kampungku Halamanku





Majlis pernikahan Sepupu

.
Nani (bukan nama sebenar)

Ternyata cuti H1N1 ni bwk hikmah, cos sblum ni aku malas blik kg time die nikah, tp kbetulan UPSI ditutup cos kes H1N1..so Alhamdulillah, dapat aku hadirkan diri (utk makan) ke majlis pernikahan sepupu aku tuh...
sblum ni die ade ckp..'aku xnak nikah kalu ko xblik'...(aku taw tu ayat nak suh aku blik, pdahal aku ade ke xde die tetap nikah...xkan nak batalkan sgala preparation ekh???..sengal)