Wednesday, October 21, 2009

cara-cara nak mngatasi member bermulut longkang...

sebuah longkang yg tiada bermulut


Pernahkah anda melihat longkang??? tahukah anda bgaimana bau longkang yg kotor dan tercemar??? tahukah anda bahawa longkang itu bermulut??? dan tahukah anda, terdapat juga manusia yang menjadikan longkang sebagai mulutnya???
apekah perkaitan diantara longkang yang kotor lagi busuk dengan manusia yang menggosok gigi mereka setiap hari tetapi mulut mereka seperti longkang???
adakah anda selesa bergaul dengan manusia yang bermulut longkang??? apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan manusia yang longkang??? mahukah anda aku jelaskan?? (yapadaaaa...jelaskan suda, lg mau banyak tanye)..
ok ok...akan aku jelaskan..definisi mulut longkang mengikut kamos dewan orang ramai edisi zaman Jahiliyah muka surat kulit belakang, baris terakhir..adalah seperti berikut, MULUT LONGKANG / dua tebing yang terdapat di kiri dan kanan longkang..contoh ayat: Manuella isabell yang terjatuh akibat kakinya tersadung mulut longkang telah dimarahi ibunya kerana berbau busuk seperti longkang..manakala MANUSIA BERMULUT LONGKANG / manusia yang menjadikan mulut longkang sebagai mulut mereka. contoh ayat: bayi luar nikah yag dilahirkan oleh Robert gomes , telah dibuang ke mulut paloma huges berikutan mulut paloma huges yang seperti mulut longkang...manusia kategori ini perlu dielakkan kerana mereka seperti longkang yang perlu dielakkan, (kalu ko nak ker, duduk kat longkang kotor lagi mengotori?? najes lak tuh)

berikut adalah cara2 mengatasi mereka yang bermulut longkang
1) sekiranya member anda bermulut longkang, ape yang perlu anda lakukan ialah, jangan sisihkan mereka..tetapi anda hanya perlu menangkap gambar mulut mereka semasa mereka tidur, seterusnya ape yg perlu anda buat ialah dengan mencetak gambar longkang yg busuk dan kotor bersama gambar mulut member anda td..apabila sampai waktu hari lahir mereka, anda frame kan gambar yg tlah anda cetak td, seterusnya balut utk dijadikan hadiah dan beri kpada mereka, smbil mengucapkan..'selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...' tanpa mereka syak apa2..
2) sekiranya mmber sekerja anda bermulut longkang, anda perlu berbaik2 dengan mereka...kerana baik anda bukan sungguhan, melainkan kepura-puraan kerana anda ade muslihat udang disebalik batu..tibe waktu rehat, anda hanya perlu mengajak mmber anda yg bermulut longkang itu makan die stall pinggiran jalan..make sure anda ambil seat sebelah longkang...slepas itu, anda start menyamakan mulut mmber anda dengan longkang disebelah dgn berkata begini "erm...mulut ko dengan longkang, banyak persamaannye"..smbil dengan selamber anda menyuapkan nasi kemulut longkang yg berada di sbelah seat anda, cos anda tahan ke nak makan ditepi longkang yg kotor tuh????...lepas tu anda perlu cepat2 blah, smbil ckp "mak cik, bil bg kat die (mmber yg bermulut longkang)"...
3) sekiranya anda seorang yg jenis periang dan slamber, mmpunyai rakan bermulut longkang...ape yg perlu anda buat adalah dengan ketawa bersama2nya sambil menyebut..."eh cam longkang r mulut ko (pastikan anda menyebut dengan muke yg giler punye slamber)" sambil tangan anda menepuk2 belakang badan rakan anda..make sure die pon ikut ketawa sekali...jika anda tidak mahu ketawa sensorang...
4) gelaran yang terbaik utk mereka yg bermulut longkang ialah, korang boleh panggil mereka dengan sapaan ..kang long (jika mereka tnya ape itu kang long, anda jgan britahu mereka bhawa kang long itu adalah suku kata perkataan longkang yg diterbalikkan, tetapi anda ckp kat mereka camni "aku pggil ko kang long, sebab ko kan anak sulung"...walaupun anda tahu die adalah anak tunggal ataupun anak bongsu...)
5) mohon supaya diwujudkan akta mulut longkang, kanun keseksaan sebat mulut smpai kne ulser..
6) sekiranya anda seorang pelajar universiti yg sedang membuat final project, dan berada didalam lingkungan simulut longkang yang sebok memfitnah anda hanya rilex atau pon goyang kaki , sedangkan kenyataannnya anda sedang bertungkus lumus menyiapkan projek dan kerja2 AJK yang anda sandang...ape yg perlu anda lakukan ialah, biarkan saja..ye BIARKAN SAJA, kerana mereka yang sebegini biasanya tergolong dalam golongan yang bajet bagos, and bajet buat segala kerja dan kaki kipas, walaupun pada hakikatnye mereka hanya menumpang nama orang lain sahaja..ape rasionalnya aku mnyuruh korang biarkan saja adalah kerana, si mulut longkang akan dengan sendirinya berasa die seperti disisihkan...padahal korang xpun tunjuk sgt bhawa korang menyisihkan mereka...

manusia bermulut longkang merupakan satu fenomena yang suda lama berlaku, cuma cara2 untuk membanteras masih lagi belum ditemui,
gagak bertenggek diatas dahan, dahan patah jatuh ke longkang, korang jagan buat2 tahan..lepuk sahaja simulut longkang...
yapadaaaaa!!!!!...

p/s: kpda mulut longkang, bwak2 la bertaubat...xde pekdah pon ko dok mmburuk2an org kalu ko sdr xde hebatnye...

Assalamualaikum..pis no wor


6 comments:

  1. hahaha bes baca entry ni..ayat tersusun nadanye pon sedap tp byk sgt pekataan kang kang kang...tahniah ijan..heee

    ReplyDelete
  2. wah..entry yg bagus....gud jobs..hahahahaha

    ReplyDelete
  3. persoalannya disini ialah:siapakah yang bermulut longkang? jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  4. aku da thu da sape mulut berbau longkang tuh...korang? thu??

    ReplyDelete
  5. mulut longkang memang susah nak kawal...sebab mengalirnya air longkang itu...dan lagi2 kalau tersekat dgn sampah.

    good entri...

    ReplyDelete